SIAPAKAH KITA ??
SIAPAKAH ORANG YANG SOMBONG ?
Orang yang sombong adalah
orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan
itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa
yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong
diri.
SIAPAKAH ORANG
YANG TELAH MATI HATINYA ?
Orang yang telah mati
hatinya adalah orang yang diberi petunjuk
melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa
tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.
SIAPAKAH ORANG DUNGGU KEPALA
OTAKNYA ?
Orang yang dunggu kepala
otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan
kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
SIAPAKAH ORANG YANG KUAT ?
Orang yang
kuat adalah orang yang dapat menahan
kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.
SIAPAKAH ORANG YANG LEMAH ?
Orang yang lemah
adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di
dalam hatinya akan kemungkaran itu.
SIAPAKAH ORANG YANG BAKHIL ?
Orang yang
bakhil lagi kedekut adalah orang yang
berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan
Rasulullah s. a. w.
SIAPAKAH ORANG YANG BUTA ?
SIAPAKAH ORANG YANG TULI ?
Orang yang tuli adalah orang
yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.
SIAPAKAH ORANG YANG SIBUK ?
Orang yang
sibuk adalah orang yang tidak
mengambil berat
akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan
seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.
SIAPAKAH ORANG YANG MANIS
SENYUMANYA ?
Orang yang
mempunyai senyuman yang manis adalah orang
yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan
ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
SIAPAKAH ORANG YANG MENANGIS
AIRMATA MUTIARA ?
Orang yang menangis airmata
mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu
mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu
mengalir airmatanya.
SIAPAKAH ORANG YANG KAYA ?
Orang yang kaya adalah orang
yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan
kenikmatan dunia yang sementara ini.
SIAPAKAH ORANG YANG MISKIN ?
Orang yang miskin adalah
orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan
harta.
SIAPAKAH ORANG YANG PANDAI ?
Orang yang pandai adalah
orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya
kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi
SIAPAKAH ORANG YANG BODOH ?
Orang yang bodoh adalah orang
yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk
dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.
SIAPAKAH ORANG YANG MAJU
DALAM HIDUPNYA ?
Orang yang maju dalam
hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat
ilmu agamanya.
SIAPAKAH ORANG-ORANG YANG
MUNDUR HIDUPNYA ?
Orang yang mundur dalam
hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya
akan sesuatu perkara itu.
SIAPAKAH ORANG YANG GILA ITU
?
Orang yang
gila itu adalah orang yang tidak sembahyang
kerana hanya dua syarat saja yang
memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama
sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman
akalnya.
SIAPAKAH ORANG YANG RUGI ?
Orang yang rugi adalah orang
yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan
amal-amal kebaikkan.
SIAPAKAH ORANG YANG SELALU
DITIPU ?
Orang yang selalu di tipu
adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang
tua.
SIAPAKAH ORANG YANG PALING
CANTIK ?
Orang yang paling cantik
adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI
RUMAH YANG PALING LUAS ?
Orang yang mempunyai rumah
yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan
di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI
RUMAH YANG SEMPIT LAGI DIHIMPIT ?
Orang yang
mempunyai rumah yang sempit adalah
orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan
lalu kuburnya menghimpitnya.
SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI
AKAL ?
Orang yang mempunyai akal
adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal
sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.
Imam Ali berkata,
“Allah menyayangi orang-orang
yang mengetahui kadar dirinya
dan
tidak melewati batas
perjalanannya;
menjaga lisannya dan tidak
mensia-siakan
umurnya”.
‘Waahualam”